Selasa, 8 Julai 2008

Unit 8 (Makanan Tempatan dan Serantau)

Unit 8 adalah mengenai Makanan Tempatan dan Serantau. Kita perlu mengetahui tentang makanan yang selalu dimakan oleh kebanyakan orang tempatan dan serantau. Makanan boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Antara makanan yang kita makan adalah nasi dan roti. Nasi berasal daripada padi manakala roti berasal daripada gandum. Kita perlu ingat bahawa kita perlu memakan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Makanan yang berkhasiat dan seimbang boleh menjamin kesihatan diri kita. Kita juga perlu selalu melakukan senaman.

Tiada ulasan: