Selasa, 15 Julai 2008

Piramid Makanan

web.mit.edu/.../Food%20Pyramid.JPG

Selasa, 8 Julai 2008

Unit 8 (Makanan Tempatan dan Serantau)

Unit 8 adalah mengenai Makanan Tempatan dan Serantau. Kita perlu mengetahui tentang makanan yang selalu dimakan oleh kebanyakan orang tempatan dan serantau. Makanan boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Antara makanan yang kita makan adalah nasi dan roti. Nasi berasal daripada padi manakala roti berasal daripada gandum. Kita perlu ingat bahawa kita perlu memakan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Makanan yang berkhasiat dan seimbang boleh menjamin kesihatan diri kita. Kita juga perlu selalu melakukan senaman.

Salam Sejahtera Semua

Gembira sekali dapat menghadiri sesi blog ini kerana pada masa inilah saya dapat meluangkan masa untuk mencipta blog sendiri. Selama ini memang boleh dikatakan sukar bagi saya untuk meluangkan masa untuk membina blog sendiri kerana kesibukan tugas. Saya harap blog ini dapat menjadi wadah untuk kita berkongsi maklumat atau apa sahaja perkara yang dirasa menarik yang dapat memberikan faedah bagi kita bersama.